Belanja Hangus Keperluan Keluarga Tapi Dapat Hadiah?

Foto di atas adalah kupon PERCUMA seorang Pembeli Istimewa eCosway (VIP dan BO). Cikgu Hazani ni seorang guru. Pemalu dan tak suka berniaga, tapi garang dalam kelas… hehehe.. Beliau merupakan Pembeli Istimewa eCosway dan selalu berbelanja di Pusat Jualan Cosway dan eCosway Pengkalan Kubor. Apa yang beliau belanja? Hmmm seperti biasa.. sabun basuh baju, syampu, ubat gigi, berus gigi, biskut, makanan kesihatan, Spirulina, Kimchi dll, krim tangan, air kordial, dan lain-lain keperluan keluarga beliau.

Dan kenapa beliau dapat KUPON PERCUMA tu? KERANA Cosway menghargai pelanggan-pelanggan, dengan memberikan KUPON PERCUMA ini. Dan apa guna KUPON PERCUMA ni? Oh banyak, satu, boleh digunakan sebagai wang, bayar pembelian barangan Cosway. 1 kupon = RM1. Jika ada 100RC = RM100.00. Kedua, boleh selak buku Great Redemption Cosway dan pilih barang apa yang korang berminat untuk tukar secara PERCUMA atau pada harga yang lebih murah. KUPON PERCUMA ni pula boleh di simpan selama 2 tahun.

baca seterusnya…

Posted in Pengguna Bijak | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

iOS 5.1.1

Apple menaiktaraf iOS kepada versi 5.1.1. Versi ini lebih kepada penambahbaik dan membaiki pepijat. Antara yang dikemaskini ialah:

  • Improves reliability of using HDR option for photos taken using the Lock Screen shortcut.
  • Addresses bugs that could prevent the new iPad from switching between 2G and 3G networks.
  • Fixes bugs that affected AirPlay video playback in some circumtances.
  • Improved reliability for syncing Safari bookmarks and Reading List.
  • Fixes an issue where ‘Unable to purchase’ alert could be displayed after successful purchase.

Ada 2 pilihan untuk kemaskini, melalui iPhone/iPad atau melalui iTunes. Lebih baik terus melalui iDevices kerana fail iOS 5.1.1 ini kecil sahaja. Ambil masa 8-10 minit untuk kemaskini. Jika melalui iTunes, korang kena download 700MB fail iOS.

 

Posted in iPad, iPhone | Tagged , , , , , , , , , , | Leave a comment

Selamat Datang ke Apple

Selamat Datang ke Apple


Ini adalah kertas yang terpampang kepada pekerja-pekerja Apple. Budaya yang boleh kita ambil dan guna untuk menghasilkan semangat kerja yang mewujudkan produktiviti terbaik.

 

Posted in Nota acoms | Tagged , , , , , , , | Leave a comment

Proton Preve difitnah….

Sekarang ni banyak forum2, blog2 dan facebook status serta twitter sebar gambar di atas dengan kenyataan dan komen yang menghina kereta model terbaru Proton ini. Gambar di atas seolah-olah Preve tersebut tiba-tiba sahaja patah lower arm ketika di pandu uji. Dan ini dikuti dengan komen menghina syarikat Malaysia ini.

Ambo ingatkan manusia (baca ahli politik) sahaja difitnah, tapi kereta pun jadi mangsa. Malang sekali, begitu ramai tukang sorak yang begitu gembira jika syarikat kita gagal!

Gambar di atas disebar tanpa penerangan sebenarnya kejadian tersebut. Ambo terjumpa satu blog yang menceritakan kisah sebenar apa yang berlaku, dari blog tersebut,

Malang tidak berbau! Inilah Proton Prevé yang pertama mengalami kemalangan jalan raya sebentar tadi. Kejadian berlaku di lebuhraya DUKE, dari Jalan Sentul menghala ke Gombak pada jam 4.45 petang. Menurut sumber dalaman Proton, kereta ini dipandu oleh SA showroom Sentul dengan kelajuan 120 kmh namun ketika cuba mengelakkan sebuah kereta lain, kereta ini terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta tersebut melambung.Ketika kereta ini mendarat, hentakan yang kuat menyebabkan kerosakan pada lower arm, bumper & fender. Ini bermakna ia tiada kena mengena dengan defect parts dari Proton. Ini adalah kecuaian manusia dan diharapkan berita ini akan memberi gambaran sebenar kejadian tersebut, supaya tiada andaian yang bukan-bukan dibuat.

SUMBER

Berhati-hati di jalan raya dan juga di internet. Jangan jadi mangsa fitnah.

 

Posted in Berita | Tagged , , , , , | Leave a comment

Proton Preve – Terbaik!

Beberapa hari lepas, ambo berpeluang memandu uji model terbaru Proton P3-21A yang diberi nama Preve. Pegi dengan abang ambo, abang Shaiful, dua2 nak test. Tapi masa test drive tu, kurang puas hati pasal jalan jem. Tak sempat nak tekan minyak sangat, frust abang Shaiful, masa dia pandu jalan jem teruk.

Sampai giliran ambo, ok skit, sempatlah cuba paddle shifters untuk pemanduan manual, dalam masa beberapa saat sempat juga cecah 100km/j… Terpaksa brek kuat skit pasal kereta banyak. Dari segi pecutan, terasa pecutannya terutama bila guna manual. Seronok.. Tapi yang agak kureng skit enjin agak kuat berbunyi, tapi ingat ini ambo bandingkan dengan Proton Perdana dan abang Shaiful bandingkan Perdana dan Inspira dengan Preve, enjin Preve lebih kuat bunyi- sesuai dengan enjin 1.6. Tetapi rasanya, Proton boleh cuba senyapkan lagi ruangan kabin.

baca seterusnya…

Posted in Nota acoms, Produk Terbaik | Tagged , , , , , , , , | Leave a comment