iPhoneiOS 4.1 kini boleh didapati melalui iTunes.. Sebelum update iOS 4.1, kena update iTunes kepada versi terbaru iTunes 10. Dan seperti biasa, bagi mereka yang jailbreak iPhone mereka, SILA JANGAN UPDATE.. Manakala mereka yang mempunyai iPhone 3G dan sedang tersiksa dengan kelembapan iPhone mereka kerana dan terupdate ke versi iOS 4.0.. sila update, kerana di katakan versi iOS ini akan membantu melajukan kembali iPhone anda.
iOS 4.1 ini didatangkan dengan beberapa fungsi baru, seperti photo HDR, upload video HD ke youtube. Tapi sayangnya, semua itu untuk iPhone 4… citt!! tapi harap iOS ini lebih stabil utk iPhone 3GS..
Kepada semua keluarga dan kenalan, keluarga kami ingin menyampaikan rasa syukur dan gembira di Hari Raya, hari kita menyambut kemerdekaan atas usaha kita sepanjang di bulan Ramadhan. Kami sekeluarga berharap kita semua mendapat rahmat Allah swt.
Kami menyusun sepuluh jari, memohon maaf jika ada salah dan silap dalam perhubungan persaudaraan kita. Insyallah, kita terus bersilaturahim…
Tengok video budak berumur 2 tahun merokok sehingga 40 batang sehari, membuatkan aku begitu kecewa.. Dunia semakin SAKIT! Budak dibentuk sedemikian rupa oleh ibu bapanya, merosakkan! Dan kepada anda yang menonton video di bawah dan tiba2 rasa hendak KETAWA, rasa nak cakap – “oh lihat, cutenya budak tu…”
Kawe nak nak cakap, JANGAN!! jangan rasa budak tu cute… TAPI tolong rasa BIMBANG… bimbang dengan dunia kita yang semakin SAKIT akhlak dan jati diri. Dan kepada keluarga serta kawan2 yang merokok, carilah kekuatan untuk berhenti merokok… kawe sayang keluarga dan saing2 kawe ni…
Lagi pun budak dalam video ni pun dah berhenti merokok sekarang ni dengan bantuan… so, keluarga ku dan kawan2ku… carilah bantuan untuk berhenti merokok!
Hari ni kawe terima emel daripada Maxis yang memberitahu iPhone 4 akan dipasarkan di Malaysia sedikit waktu lagi.
Walaupun penggemar iPhone boleh beli di Singapura, tetapi amat leceh, kalau iPhone yang dibeli di Singapura mengalami masalah, terpaksa ke sana untuk tuntutan jaminan.
Maxis juga akan memperkenalkan Micro SIM, kad SIM yang digunakan dalam iPhone 4. Dulu-dulu, masa mula-mula kad SIM digunakan, saiznya adalah sebesar kad kredit. Kemudian dikecilkan dengan nama mini SIM, seperti yang digunakan sekarang. Dalam iPhone 4 ianya dikecilkan lagi ke micro SIM.
Jadi sekarang ni tunggu je. Adakah kawe nak upgrade ke iPhone 4? Adakah nak tunggu warna putih? Fening?? Hehehe
Masa belajar di sekolah dulu, kawe amik kelas Aikido.. bila tengok video kat bawah ni, rindu plak rasanya nak sambung belajar Aikido.. rasa relaks je kalau dapat belajar.. kat mana ada dojo Aikido di Kelantan ni? hehehe takdak kot? Kena cari sensei bukak dojo sini.. apa2 pun enjoy video kat bawah:
Spirulina ialah sejenis tumbuhan air yang mengandungi hanya satu sel sahaja. Oleh itu, ia tidak mempunyai akar, daun, bunga dsb. Ia adalah dari kumpulan algae dan berbentuk spiral (Sebab itulah ia dinamakan spirulina – bermakna spiral yang kecil). Ia tumbuh di dalam air yang beralkali (melebihi pH 8).
Algae adalah makanan yang terletak di bahagian bawah ‘food chain’ (rangkaian pemakanan), oleh itu ia mengandungi banyak tenaga. Algae seperti spirulina, chlorella dan AFA (aphanizomenen flos aqua) sudah hidup berbillion tahun. Ada yang mengatakan ia telah hidup sejak 3.6 billion tahun yang lalu. Pengambilan spirulina telah diamalkan oleh kaum kuno Aztecs di Mexico sejak dahulu lagi.
Spirulina berwarna hijau gelap. Warna ini disebabkan oleh kombinasi chlorophyll (hijau), phycocyanin (biru) dan carotenoids (oren). Warna-warna yang berlainan ini menyerap tenaga yang berlainan dari cahaya matahari.
Meskipun dari kumpulan yang sama ada beberapa perbezaan dari segi kandungan antara algae-algae ini. Contohnya, dinding sel spirulina lebih lembut berbanding dengan chlorella, oleh itu spirulina lebih mudah dicerna. Rencana di bawah ini hanya menyentuh mengenai spirulina sahaja.
Sekali lagi berbelanja di kedai eCosway memberikan keuntungan kepada penggunanya. Raya dah dekat. Jadi nak buat biskut la dan macam-macam. Jadi terasa nak beli alat penimbang digital. Dengan kupon yang dikumpulkan hasil dari perbelanjaan rumah sahaja, maka bolehlah kawe tukar alat penimbang digital secara PERCUMA!
Senang hati weh. Tak perlu keluarkan duit. Hehehe wak tubik kupon jah. Anda semua bila lagi nak jadi Pengguna Bijak? Takkan nak beli kat kedai runcit yang tak kasi hadiah, barangan percuma dan pendapatan?
Alarm clock jenama Pensonic yang dibeli 4 tahun lepas dah rosak… Intai2 dalam redemption eCosway ada Sony Dream Machine Radio Alarm Clock… cek2 kupon lebih dari cukup… kupon2 yang dikumpulkan daripada perbelanjaan bulanan keluarga ada, jadi apa lagi.. tukar secara percuma…
Ini yang dinamakan Pengguna Bijak.. Belanja Dapat Hadiah, kedai runcit mana yang bagi hadiah dan pendapatan bulanan kepada anda? hanya kedai runcit eCosway…
Kawe dengan rasminya membuka sebuah kedai dalamtalian/online yang diberi nama Kedai@yak! Kedai@yak! ini akan menyenaraikan pelbagai produk yang kawe rasakan bermutu dan baik untuk kita semua. Kawe juga akan menjual barangan terpakai yang masih baik, seperti telefon2 dan lain-lain.
Sekarang ini trend pengguna membeli barangan melalui internet semakin bertambah. Jadi kawe ingin mengikuti trend ini. Di samping memperkenalkan barangan yang bermutu dan berguna kepada anda semua. Kawe dah buka kedai ini dalam 2-3 hari lepas, dan pelanggan pertama kawe telah beli SE Tumbler. Dah pos pun SE Tumbler yang diorder.
Buat masa sekarang kawe hanya menerima bayaran melalui Maybank. Sama ada menggunakan mesin deposit atau Maybank2u. Paypal mungkin akan digunakan sedikit waktu lagi. Tetapi penggunaan Paypal ini akan menaikkan kos.
Pelbagai diskaun dan potongan harga akan diberikan berdasarkan kos produk yang kawe dapat. Tetapi yang penting kat sini ialah membeli tanpa perlu ke kedai. Klik-klik, order, isi borang, bayar dan tunggu je barangan sampai ke pintu rumah. Lebih mudah.
Buat masa sekarang ini, hanya beberapa produk disenaraikan, dan ianya akan bertambah lagi. Insyallah.. Kawe menunggu cadangan dan pendapat anda semua, boleh kongsi komen, pendapat dan cadangan di Borang Cadangan.