Apakah sebut hak Melayu TIDAK perkauman? Sebut pendatang perkauman??

A poster depicting the Malaysia Day celebratio...

Kawe naik muak dengan pemimpin-pemimpin politik hari ini. Sama ada di pihak Barisan Nasional (BN) mahu pun Pakatan Rakyat(PR). Masing-masing seperti lupa diri nakkan sesuatu untuk kerjaya politik masing-masing. Ya.. KERJAYA POLITIK. Politik kini menjadi KERJAYA bukan lagi untuk mewakili rakyat, tetapi sebagai sumber pendapatan dan lubuk duit. Dan JANGAN hanya katakan UMNO yang gilakan duit, tetapi PR juga sama.

Kini yang paling kawe muak sekali ialah meriahnya ahli-ahli politik yang mempersoalkan hak-hak orang Melayu dan Bumiputra yang telah terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia. Mereka mempersoalkan 30% ekuiti orang Melayu, bagi mereka ini bukan perkauman tetapi ini adalah perjuangan mereka, dan apabila ada orang Melayu yang mempertahankan Perlembagaan Malaysia ini, mereka gelar orang Melayu ini sebagai bersifat perkauman.

Apakah sekarang ini, mereka yang mempersoalkan hak orang Melayu ini susah hidupnya? apakah mereka merempat? apakah orang Melayu ini pergi ke kedai-kedai mewah mereka dan pejabat serta kondominium mewah mereka dan mencuri, merompak dan merogol anak bini mereka? Sedangkan ekonomi Malaysia sekarang ini mereka yang pegang dan mereka dengan angkuh masih belum puas mahukan hak orang Melayu dan Bumiputra yang terkandung dalam perlembagaan pula??

Apakah mereka senang hati apabila ada Melayu liberal yang hidup senang yang menyokong mereka? Apakah mereka tidak tahu ada Melayu yang kini memerhatikan mereka? Memerhatikan mereka dengan senyap dan perasaan yang terluka. Memerhatikan tingkah laku mereka daripada pondok rumah buruk di kampung-kampung. Apakah mereka ingat, ucapan mereka di dalam bilik berhawa dingin tidak didengar oleh orang Melayu di kampung ? Dan juga ucapan mereka ini didengar orang Melayu yang senang tetapi sedar diri akan kesenangan dan ingin terus membantu Melayu lain agar berjaya juga.

Tidakkah mereka tahu, 30% dan hak-hak orang Melayu dan Bumiputra inilah yang memberikan kestabilan dan kemakmuran kepada negara Malaysia. Perasaan tidak tahu bersyukur inilah yang akan membawa bencana. JANGAN UNGKIT SEJARAH, kata mereka, kata kawe, BODOH nya mereka ini. Mereka lupa sejarah? Kita akan hancur apabila kita mula lupakan sejarah!

Kawe berharap, Perdana Menteri Malaysia lebih tegas dalam perkara ini. Dan kawe berharap parti-parti Melayu yang lain duduk sejenak, dan fikirkan bersama perjuangan orang Melayu Islam di Malaysia ini dan bersama-sama bersatu. Sudah sampai masanya, bersatu. Jangan ulangi sejarah Singapura, sejarah Melaka dan sejarah tamadun Islam yang runtuh. Cuba lupakan sejenak kesenangan diri, dan kembalikan suasana politik yang ikhlas dan jujur.

Related posts:

  1. Selepas gereja, surau pula dibakar
  2. The Red Warriors
  3. Pembanci hadapi masalah sikap masyarakat Cina
  4. Letih.. Bola sepak jadi politik
  5. Tuan-Tuan Balik Adakan Solat Hajat Untuk Kebenaran
  6. Huh! Ore loni tok caro ko halal hare!
  7. iPhone tidak memerlukan screen protector?
This entry was posted in Nota acoms and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.