Bantuan Allah Itu Dekat

whwi blog Leave a Comment

Viralkan....
Share

Pagi ini ambo baca 2 berita bunuh diri -2 punca yang berbeza. Satu bunuh diri walaupun kaya raya. Dan satu lagi bunuh diri kerana tertekan masalah kewangan.

Terbukti bukan wang yang jadi masalah. Tetapi jiwa yang kosong.

Fitrah hidup manusia adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Jika itu gagal dibuat, maka jiwa akan kosong. Kekosongan ini akan diisi oleh syaitan yang akan membisikkan kemusnahan kepada diri,keluarga dan masyarakat.

Solat, doa dan zikir kepada Allah. Insyallah.. Apa pun masalah akan ada penyelesaian nya.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…” ( Al-Baqarah: 286)

“Kenapa aku yang diuji ?”

“Mengapa aku diuji sebegini ?”

“Ujian ini sangat berat. Aku tak mampu…”

Mungkin ini adalah antara persoalan yang meniti di bibir di fikiran kita sebagai seorang hamba ketika dihimpit dengan ujian. Kadangkala tanpa sedar dan niat kita juga terlanjur marah pada DIA kerana menghujani kita dengan pelbagai ujian.

Tetapi, apabila kita menenangkan diri dan kembali kepada penyerahan diri seluruhnya kepada Allah, maka kita akan sedar ujian yang kita hadapi menjadikan kita hamba yang beruntung .

Mengapa dikatakan begitu? Kerana ujian hanyalah diberi oleh Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Hamba-hambanya yang dikasihi dan disayangiNya. Dan jangan kita lupa bersama ujian itu juga ada pertolongan dari Allah sepertimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran:

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” ( Al-Baqarah: 214)

Jadi bertenang lah. Kerana pertolongan Allah itu dekat. #tenangtenangsaja