Empat sekeluarga disimbah asid

NURUL DAHYATUL yang melecur teruk dirawat di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu semalam.

NURUL DAHYATUL yang melecur teruk dirawat di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita tidak menyangka suaminya sanggup membawa asid untuk mengugutnya mendapat wang sehingga menyebabkan dia tiga beranak dan ibunya melecur di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi itu, suspek dipercayai bertindak demikian kerana berang dengan keputusan mangsa yang telah berpindah pulang ke rumah ibunya dan dalam proses memohon penceraian dengan suspek.

Semasa kejadian suspek didakwa memecah masuk rumah ibu mangsa dengan membawa bersama sebungkus plastik mengandungi cecair asid.

Kehadiran suspek mencetuskan pertengkaran dengan mangsa sebelum mangsa cuba merebut bungkusan asid itu dan menyebabkan cecair itu terkena mangsa.

Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, cedera di muka dan kedua-dua belah tangan serta bahagian belakang badan.

Turut melecur dua orang anak mangsa, Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 8, dan Mohd. Irfan Firdaus, 2, serta ibunya, Minah Omar, 56. Masing-masing melecur di beberapa anggota badan.

Paling teruk, Nurul Dahyatul yang mungkin hilang deria penglihatan apabila seluruh muka sehingga paras dada kanak-kanak itu terkena asid.

Related posts:

  1. Didera sampai mati
  2. Polis buru tukang urut rogol nenek
  3. Din Beramboi meninggal dunia
This entry was posted in Berita and tagged , , , . Bookmark the permalink.
  • http://oyak.net acoms

    apa punya gila la.. gelap masa depan anak tu.. sakit jiwa aku baca berita2 gini.. setan betul…patutnya hukuman bukan penjara dah, tapi simbah balik ngan asid.. baru tahu rasa sakit camne..

  • Siti Nurbaini Khairi

    Salam, jika sudi mohon hebahkan tentang tabung pulih wajah adik ini..detail ada di blog saya..terima kasih :)
    http://akusangpenerbit.com/?p=903