Oyak!
Nok oyak jah…
Skip to content
  • Lamandepan
  • Hubungi Kawe
  • Peluang Perniagaan
  • Peta Kedai
  • Kedai@yak!
  • Kategori
    • Nota acoms
    • abyg kata…..
    • Keluarga
    • Suko Suko Jah
    • Foto
    • Berita
    • Pengguna Bijak
    • Produk Terbaik
    • Petua Perniagaan
    • iPhone
    • Komputer
← Didera sampai mati
Pakej R Series POTONGAN lebih 50% →

Huh! Ore loni tok caro ko halal hare!

Posted on 01/03/2010 by acoms

Logo Halal Malaysia

Malam tadi kedai isteri kawe didatangi oleh sepasang suami isteri yang datang mengetuk pintu kedai pada masa kedai dah ditutup, dan isteri kawe serta dua pembantu kedai sedang menyiapkan laporan akhir bulan. Si suami masuk dengan cara yang pelik sekali, dengan lampu suluh di tangan, dia menyuluh produk di kedai yang telah sedia terang benderang! Mungkin dia hendak buat lawak,.

Kemudian dia ambil produk puding dan kelihatan seperti mencari sesuatu. Beberapa ketika kemudian, dia berkata, “Takdok sijil halal!”, lantas melontar produk tersebut dengan cara, mengikut gambaran isteri kawe dan 2 orang pembantu sebagai kurang ajar.

Seketika kemudian, isteri si suami membelek kembali produk puding tersebut, dan berkata, “Eh ada logo sijil halal la bang”.

Semasa membayar si suami melontar duit kepada kepada pembantu kedai.

Semasa hendak keluar, kedengaran dia berkata, “Huh! Ore loni tok caro ko halal hare!”

Kawe tiada di kedai pada masa kejadian, dan hanya masuk selepas itu, tetapi kawe sempat terserempak dengan pasangan ini semasa mereka keluar dari kedai.

Selepas kawe masuk 2 orang pembantu kawe menceritakan hal ini, reaksi kawe……………………..

Kalaulah kawe ada dalam kedai masa itu, sebagai orang Islam, ayat pertama yang kawe ajukan kepada si suami ialah,

“Betul doh tu encik, kita kena jaga halal haram ni, bukan sekadar makanan kita, tetapi juga aurat kita dan isteri kita”

Kata-kata itu akan disertakan dengan jelingan kepada jambul isterinya yang terkeluar disebalik selendang yang dipakai.

Kawe tidak faham akan perangai manusia-manusia yang berasakan diri mereka lebih Islam daripada orang lain, yang berasakan dia dan keturunan dia akan pasti masuk syurga dan orang lain tidak layak ke syurga. Jika pun ada sesetengahnya produk-produk tidak mempunyai logo halal, JANGAN BELI PRODUK TERSEBUT jika tidak yakin, belilah yang anda yakin dan mempunyai sijil halal, KERANA syarikat bukan sekadar memasar produk kepada orang Islam sahaja, eCosway adalah syarikat multinasional yang memasarkan produk kepada semua. Sebagai orang Islam, kita boleh meminta kepada syarikat agar mendapatkan sijil halal kepada produk yang masih belum dapat sijil halal, dengan cara yang betul sesuai dengan akhlak yang dituntut dalam Islam.

Bukan melalui sikap kasar dan memandang rendah pada orang lain.

Satu kejadian yang kurang enak di akhir bulan yang cukup cemerlang. Tetapi ianya tidak akan menyesakkan semangat kemenangan Manchester United semalam.. heheheeheh

Related posts:

  1. Buffet Ramadhan : Jadi Pengguna Bijak
  2. Demo kijo gapo loni?
  3. Selepas gereja, surau pula dibakar
  4. Serbuk Kopi Gelatin Babi
  5. Pengguna Bijak dengan eCosway: Siri 1
  6. Letih.. Bola sepak jadi politik
  7. Apakah sebut hak Melayu TIDAK perkauman? Sebut pendatang perkauman??
This entry was posted in Nota acoms and tagged Allah, halal, haram, Islam, logo, Pengguna Bijak, perniagaan. Bookmark the permalink.
← Didera sampai mati
Pakej R Series POTONGAN lebih 50% →