iOS 4.0.2

Image representing Apple as depicted in CrunchBase

Image via CrunchBase

Apple telah keluarkan versi terbaru iOS untuk iPhone dari 4.0.1 kepada 4.0.2. Versi 4.0.2 adalah untuk menutup kelemahan iOS yang membolehkan sesiapa sahaja menggunakan Safari Mobile dan fail PDF mengakses ke bahagian “root” iOS. Kelemahan ini telah digunakan untuk jailbreak hanya menggunakan Safari Mobile. Jailbreak paling senang dalam sejarah, pun begitu ia juga merupakan lubang bahaya yang membolehkan mereka berniat jahat menguasai iPhone anda.

Kini, Apple seperti yang dijanjikan telah mengeluarkan versi iOS 4.0.2 khas untuk menutup pepijat ini. Bagi yang telah jailbreak, jangan kemaskini lagi sehingga ada cara lain untuk jailbreak iPhone anda, jika anda kemaskini sekarang, anda mungkin tidak boleh lagi jailbreak, atau sehingga seseorang menjumpai cara lain untuk jailbreak. Bagi mereka yang tiada niat untuk jailbreak, KEMASKINI SEKARANG!!

Related posts:

  1. iPhone iOS 4.1
  2. Facebook for iPhone 3.3.3
  3. Facebook for iPhone 3.1.1
  4. Facebook for iPhone 3.2.2
  5. Facebook for iPhone 3.4
  6. Mercury Web Browser Lite
  7. Yahoo! Mail kini menyokong HTML5
This entry was posted in iPhone and tagged , , , , . Bookmark the permalink.