iPhone iOS 4.1

iPhone iOS 4.1 kini boleh didapati melalui iTunes.. Sebelum update iOS 4.1, kena update iTunes kepada versi terbaru iTunes 10. Dan seperti biasa, bagi mereka yang jailbreak iPhone mereka, SILA JANGAN UPDATE..  Manakala mereka yang mempunyai iPhone 3G dan sedang tersiksa dengan kelembapan iPhone mereka kerana dan terupdate ke versi iOS 4.0.. sila update, kerana di katakan versi iOS ini akan membantu melajukan kembali iPhone anda.

iOS 4.1 ini didatangkan dengan beberapa fungsi baru, seperti photo HDR, upload video HD ke youtube. Tapi sayangnya, semua itu untuk iPhone 4… citt!! tapi harap iOS ini lebih stabil utk iPhone 3GS..

Kawe…baru selesai download, kini sedang update…

##KEMASKINI##

Dah selesai update..ada beberapa app baru seperti Game Center.. masih sedang mencuba.. dan yang paling berguna untuk pengguna iPhone 4 terutamanya, fungsi Field Test yang dimasukkan kembali ke dalam iOS 4.1 ni. Field Test membenarkan kita menguji kekuatan “signal” telefon.. Caranya, yup kena dululah kemaskini ke iOS 4.1, kemudian, Dial *3001#12345#*

“Signal” akan ditukar dari paparan “bar” ke nombor seperti -84. Cara nak bandingkan kekuatan, nombor -96 lebih teruk “signal” berbanding -84.  Rasanya ia amat berguna  untuk pengguna iPhone 4 yang merasakan masalah “Antennagate” berlaku disebabkan iPhone 4. Beberapa kawan yang menggunakan iPhone di Malaysia tidak hadapi masalah tersebut. Mungkin masalah ni banyak di US…heheeh

Related posts:

  1. Bateri iPhone 4
  2. Facebook for iPhone 3.3.2
  3. iOS 5.0.1
  4. Facebook for iPhone 3.2.2
  5. Facebook for iPhone 3.1.1
  6. Facebook for iPhone 4.1
  7. Facebook for iPhone 3.3.1
This entry was posted in Berita, iPhone and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.
  • http://oyak.net acoms

    selesai update iOS 4.1..sedang mencuba Game Center…

  • http://pulse.yahoo.com/_LSW2TETQAQX6E4R7RDC7KU3KWE faris

    slm..boh,di kelate mano ado jual iphone 4 hok demo tahu selain dr pusat maxis?

  • http://oyak.net acoms

    Tak pasti. Hok tahu nyo di situ jah ada.