Sejak hari pertama kawe beli iPhone 3GS pada bulan November 2009, kawe telah memasang “screen protector” pada skrin kaca iPhone ni. Hari ni kawe terbaca berita terkini yang Apple akan keluarkan semua produk “screen protector” dari rangkaian kedai Apple. Ini bermakna Apple tidak lagi menawarkan pelindung skrin untuk iPhone. Kenapa?
Bagi kawe setelah menggunakan 3 pelindung skrin yang berbeza dari yang berharga RM8 hingga ke RM38, pengalaman menggunakan pelindung skrin ini telah menyebabkan kawe terlupa akan kecantikan skrin kaca iPhone dan keseronokan meluncurkan jari kawe di atas skrin kaca yang licin.
Pagi ini setelah kawe amati terdapat satu calar yang ketara pada pelindung skrin plastik iPhone kawe, maka dengan relaksnya kawe mengoyakkan pelindung skrin ini dan membogelkan iPhone kawe. Maka terserlahlah keseksian skrin kaca iPhone. Betapa bestnya rasa jemari kawe meluncur di atas kaca.
Baru teringat betapa “responsive” iPhone kepada sentuhan jari kawe. Rupanya sedikit sebanyak skrin pelindung menyebabkan iPhone menjadi kurang “responsive”. Barangkali Apple tidak mahu pelanggannya merasai pengalaman ini. Maka sebab itulah Apple tidak lagi mahu menyokong jualan pelindung skrin.
Barangkali juga Apple amat percayakan ketahanan skrin oleophobic iPhone dari tercalar. Walaupun bimbang, tetapi kawe tak leh tahan dengan bestnya menggunakan iPhone tanpa pelindung skrin!
Related posts: