Kawe dengan rasminya membuka sebuah kedai dalamtalian/online yang diberi nama Kedai@yak! Kedai@yak! ini akan menyenaraikan pelbagai produk yang kawe rasakan bermutu dan baik untuk kita semua. Kawe juga akan menjual barangan terpakai yang masih baik, seperti telefon2 dan lain-lain.
Sekarang ini trend pengguna membeli barangan melalui internet semakin bertambah. Jadi kawe ingin mengikuti trend ini. Di samping memperkenalkan barangan yang bermutu dan berguna kepada anda semua. Kawe dah buka kedai ini dalam 2-3 hari lepas, dan pelanggan pertama kawe telah beli SE Tumbler. Dah pos pun SE Tumbler yang diorder.
Buat masa sekarang kawe hanya menerima bayaran melalui Maybank. Sama ada menggunakan mesin deposit atau Maybank2u. Paypal mungkin akan digunakan sedikit waktu lagi. Tetapi penggunaan Paypal ini akan menaikkan kos.
Pelbagai diskaun dan potongan harga akan diberikan berdasarkan kos produk yang kawe dapat. Tetapi yang penting kat sini ialah membeli tanpa perlu ke kedai. Klik-klik, order, isi borang, bayar dan tunggu je barangan sampai ke pintu rumah. Lebih mudah.
Buat masa sekarang ini, hanya beberapa produk disenaraikan, dan ianya akan bertambah lagi. Insyallah.. Kawe menunggu cadangan dan pendapat anda semua, boleh kongsi komen, pendapat dan cadangan di Borang Cadangan.
Terima kasih.

Related posts: