Mahkamah putuskan perkataan ‘Allah’ boleh digunakan Herald Catholic Weekly

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, sebentar tadi memutuskan bahawa perkataan “Allah” boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly.

Hakim Datuk Lau Bee La membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik. Permohonan bagi semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan Herald Catholic Weekly itu dikemukakan oleh Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam.

Pada 16 Februari lalu, Pakiam, sebagai penerbit akhbar berkenaan, mengemukakan permohonan baru bagi mendapatkan semakan semula penghakiman selepas permohonan serupa pada 2008 dianggap bersifat akademik berikutan tamatnya tempoh sah permit penerbitan itu pada 31 Disember 2008.

Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Pakiam yang bertindak sebagai pemohon, menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden, pertama dan kedua.

Pakiam, antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang beliau menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam He-rald Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan ‘Allah’ bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam saja.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20091231171725/Article/

Related posts:

  1. Nenekku sudah tiada
  2. Dakwah Islam yang Unik
  3. Selepas gereja, surau pula dibakar
  4. Huh! Ore loni tok caro ko halal hare!
This entry was posted in Berita and tagged , . Bookmark the permalink.
  • acoms

    dalam gembira-gembira hari ni.. dapat pulak berita yang membakar perasaan aku neh. apa jadahnya kes berkaitan Islam didengar oleh hakim bukan Islam? Undang-undang kat mana skang ni? Islam ni dok taraf mana skang ni? Apa rasionalnya puak Kristian ni sibuk sangat nak guna nama ALLAH ni? Apa tujuan mereka?

  • acoms

    11. Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah “Allah” apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?

    12. Saya harap pihak Kerajaan berhati-hati dalam perkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan. Wallahua’lam.

    - petikan pendapat Tun Dr Mahathir

    Soalan aku, kenapa sekarang?

  • acoms

    11. Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah “Allah” apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?

    12. Saya harap pihak Kerajaan berhati-hati dalam perkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan. Wallahua’lam.

    - petikan pendapat Tun Dr Mahathir

    Soalan aku, kenapa sekarang?