Pada 25 Ogos 2008, aku menerima panggilan daripada ibu aku yg nenek aku telah kembali ke rahmatullah. Aku pulak berada di KL bersama abyg dan anak2. Aduh, nenek yg sedang sakit, aku terpaksa tinggalkan demi kerja.Sebelum ke KL lagi kami sekeluarga dah bimbang. Tapi apakan daya. kerja..aku terpaksa juga. kebimbangan kami menjadi kenyataan. Nenek tersayang telah kembali kepada -NYA.
Sejak bulan 5 kesihatan nenek semakin merosot. aku tidak boleh memandang wajahnya.SEDIH! aku rapat dgn nenek. sejak kecil lagi. aku suka bergurau dengan nya.. selalu mengacau dia di dapur..suka air kopi nenek.. setiap petang masa nenek masih sihat aku dan abyg akan balik kerumah nenek dan nenek akan hidangkan air kopi. aduh.. sedihnya..
nenek amat sukakan barang kemas, dia akan paksa abyg beli dan pakai emas, Wan Damia juga diarah pakai brg kemas, siap bagi duit pada aku supaya beli,semasa dia masih boleh bercakap dia akan bising.. marahkan aku kerana tidak belikan brang kemas utk isteri dan anak perempuan. malah ketika sakit tidak boleh bercakap, dia masih marah aku kat aku bertanya barang kemas.nenek..nenek..
kini leteran dan gurau nenek telah tiada. walaupun aku dan abyg tiada di sisi nya ketika meninggal. aku dan abyg tidak menyesal. kerana kami sentiasa balik menjenguk nenek. abyg mandikan, abyg sabunkan, abyg bedakkan nenek.. jadi kami tidak menyesal. sebelum ke KL ni.. aku dan abyg jumpa nenek, aku perhatikan nenek lama.. sampai mata aku berair… tidak sangka pula itu adalah tatapan terakhir untuk nenek ku.aku panggil nenek dia masih menyahut. aku keluar dari bilik apabila mata aku bergenang dengan air mata. tak sanggup aku tatap nenek sedemikian. semoga Allah swt merahmati nenek.
Nenek.. pergimu tidak kembali…Semoga nenek ditempatkan bersama golongan hambanya yg soleh.
Al-Fatihah.
acoms, abyg, ariq, damia….. Kuala Lumpur 27/08/2008
Related posts: