No Arms, No Legs, No Worries!

No Arms, No Legs, No Worries!!

Menonton video ni dan video-video lain daripada Nick Vujicic membuatkan kawe berasa begitu bersemangat dan dalam masa yang sama rendah diri kerana Nick Vujicic, dengan segala kekurangan yang Allah swt uji ke atas dirinya, beliau sentiasa tersenyum dan menerima dengan bangga serta menggunakan segala yang diberikan semaksimum mungkin.

Sedangkan kawe ini yang Allah swt kurniakan nikmat anggota badan yang cukup sifat dan sihat, masih berasa ada kekurangan dan berasa tidak boleh mencapai sesuatu impian, masih berasa “kenapa aku takde tu, takde ni, kalaulah ada pasti aku berjaya”. Masih fokus kepada kekurangan, sedangkan apa yang Nick Vujicic zahirkan kepada kita ialah, ‘jangan fokus kepada apa yang tiada, tetapi fokus kepada apa yang kita ada”

“jangan fokus kepada apa yang tiada, tetapi fokus kepada apa yang kita ada”

Terima kasih Nick Vujic, kerana mengajar kawe, JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN dan SESUATU YANG LAIN dalam mengejar impian. Dan mengajar kawe, agar FOKUS KEPADA KELEBIHAN YANG ADA, dan JANGAN MELEMAHKAN DIRI DENGAN KEKURANGAN yang ada.

Sesungguhnya Nick Vujicic adalah contoh manusia yang bersyukur dengan apa yang diberikan walaupun berlainan agama, tetapi apa yang pasti, kita sebagai umat Islam sepatutnya LEBIH LAGI BERSYUKUR kerana telah diberikan hidayah oleh Allah swt.

Terima kasih Nick Vujicic!

Nick Vujicic

Related posts:

  1. Pengundi jauh
  2. Buang ayah tepi jalan
  3. Huh! Ore loni tok caro ko halal hare!
  4. Selepas gereja, surau pula dibakar
  5. Berita Buruk
  6. Two year-old smoker – Ardi Rizal
This entry was posted in Berita, Nota acoms and tagged , , . Bookmark the permalink.