BLR, Inflasi dan Risiko Politik

The Central Bank of Malaysia logo.

Image via Wikipedia

1. Pada bulan hadapan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan satu lagi mesyuarat membabitkan isu Overnight Policy Rate (OPR). Sebelum ini pada bulan Mac lalu BNM tidak membuat sebarang kenaikan OPR. Pada tahun 2010 sebanyak tiga kali kenaikan OPR diumumkan pada Mac, Mei dan Julai yang menyebabkan kenaikan dari 2.0 kepada 2.75.

2. Kenaikan OPR ini akan berkait langsung dengan kenaikan Base Lending Rate (BLR) atau Kadar Pinjaman Asas. BLR turut meningkat sebanyak tiga kali dari 5.55% pada 2009 kepada 6.30 pada Julai 2010.

3. Salah satu tujuan kenaikan OPR dan BLR ialah untuk membendung inflasi. Kebanyakan kita bukan pakar ekonomi jadi kita sendiri tentu sukar untuk memahami bagaimana menaikan kadar pinjaman asas boleh membantu mengurangkan inflasi. Hakikatnya kita terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk membayar hutang.

4. Apa yang saya faham secara mudah (mungkin betul atau salah pemahaman ini) ialah kenaikan OPR dan BLR akan menaikkan kadar faedah bagi simpanan. Secara teorinya ini akan menggalakkan orang ramai menabung bagi mendapat faedah yang tinggi. Dengan penabungan iaitu menyimpan di bank, orang ramai akan kurang berbelanja. Ini akan mengurangkan permintaan (teori penawaran dan permintaan) sekaligus menurunkan harga barangan. Penurunan harga barangan akan menurunkan inflasi.

5. Namun persoalan yang jarang dijawab oleh pengamal ekonomi yang mahu mengawal inflasi melalui kaedah ini ialah apakah inflasi hari ini disebabkan permintaan yang lebih daripada penawaran atau kerana peningkatan harga barangan keperluan di luar kuasa pembeli?

6. Tanda-tanda BNM hendak menaikkan kadar OPR tampak jelas apabila beberapa penganlisis ekonomi yang “mesra” kerajaan meramalkan kenaikan ini bagi mengawal inflasi.

7. Pada tahun lalu BNM menaikkan OPR sebanyak tiga kali apabila negara mengalami inflasi. Malangnya kenaikan sebanyak tiga kali tersebut gagal mengawal inflasi apabila inflasi terus meningkat pada bulan Disember lalu sehingga kini.

Baca seterusnya di sini…

Kawe setuju betul dengan pandangan .

Posted in Dari Blog Pilihan | Tagged , , , , , , | Leave a comment

Perjalanan ke Perlis

1000000678.JPG Foto-foto perjalanan ke Perlis, amik Peah di Matrik Arau Perlis.. Perjalanan melalui Banjaran Titiwangsa memang menarik dengan pemandangan yang indah. Kawe tidak pernah bosan apabila dapat melalui perjalanan melalui jalan-jalan di situ. Namun, ada jalan-jalan di situ yang tidak diselenggara dengan baik hinggakan membahaya kepada pengguna jalan raya. Haraplah pihak kerajaan dapat beri perhatian ke atas mutu jalan raya di Malaysia ni.

Makan malam di Medan Ikan Bakar Kuala Perlis.. hmmm.. walaupun orang ramai, tetapi bagi kawe, masakannya tidak sedap, servis slow dan lembap, lupa order dan mahal pula.. suasana pula terlampau sesak kerana meja di susun terlampau rapat.. mungkin nak amik untung atas pelanggan yang datang dengan ramai, tetapi mereka gagal sediakan makanan dalam jangka masa yang munasabah, kawe dan keluarga terpaksa tunggu hampir 2 jam.. dan ada hidangan yang terlupa disediakan… gagal… kali terakhir kawe ke sini. baca seterusnya…

Posted in Foto, Keluarga | Tagged , , , , , , | Leave a comment

Dakwah Islam yang Unik

A green version of http://commons.wikimedia.or...

Image via Wikipedia

 

Dakwah dalam Islam boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk, dengan kata-kata atau dengan perbuatan. Tidak kira masa. Video di bawah adalah salah satu contoh dakwah dalam Islam yang akhirnya boleh menghadirkan hidayah oleh Allah swt kepada semua pihak yang melihat perbuatan dakwah tersebut. Tonton video di bawah:

Posted in Nota acoms | Tagged , , , | Leave a comment

Pertandingan Mewarna

1000000592.JPG Wan Ariq Ulwan masuk pertandingan mewarna di antara tabika/tadika di sekitar Pengkalan Kubor. Ramai juga anak2 yang masuk.. ada 2-3 anak2 yang tak datang.. Patut mula jam 9:00 pagi, dan anak2 dah datang seawal jam 8:15 pagi. Sampai masa jam 9:00 pagi takleh mula lagi pertandingan pasal nak tunggu anak2 yang masih belum datang, jadi mula jam, lebih kurang 9:20 am. Cuaca pagi tadi agak panas, menjadi suasana tidak selesa. Anak2 semakin tidak karuan kerana panas. baca seterusnya…

Posted in Foto, Keluarga | Tagged , , , , , , , , , , | Leave a comment

You Have to Put the Wood in First

1000000591.JPG Some people have a funny way of looking at success. They think that if success shows up in their lives, they will suddenly begin to work hard and act successful. But it doesn’t work like that. That’s like standing in front of a fireplace and saying, “Give me fire, then I’ll give you wood”.

You can only attract that which you are. If you want to attract success, you have to first BE success. That means that even if you don’t like your current job or position, you have to do it successfully. Act successful. Be confident, and give every action your best effort. That’s what successful people do. You’ll never grow beyond your current position until you master it and become bigger than it is. If you stay small, and keep holding back your best efforts, you will attract very little success. So think big, and act big today!

Stephanie Davis

Posted in Petua Perniagaan | Leave a comment