Pelukis Jalanan


Pelukis Jalanan Wan Ariq Ulwan dan Wan Damia Ulwan sedang menghasilkan lukisan agung mereka. Habis satu kotak warna dan setengah kertas A4 ambo. Huwaaaa…

Posted in Foto, Keluarga | Tagged , , , , | Leave a comment

iPad 2

 

 

iPad 2 dah dilancarkan oleh Apple. Memang menarik. Kawe dah tunggu dan tak beli iPad pertama pasal nak tunggu iPad 2 ni.. Sebab utama kawe tunggu pasal iPad asal hanya mempunyai 256MB memori.. iPad 2 lebih power dari segi prosessor yg guna A5, grafik pun lebih power dan RAM pun lebih..  Boleh enjoy video2 tentang iPad 2..

 

 

 

Posted in Berita, Komputer, Produk Terbaik | Tagged , , , , , , | 3 Comments

Petua Jimat Petrol

 

Dapat melalui emel.. sekadar nak berkongsi..

  1. Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktupanas siang hari yang banyak wap sahaja.Sekiranya anda perhatikan, jika isi minyak di waktu tengah hari petrol akan meruap lebih cepat danmembuatkan ia dapat dibau dengan terlalu ketara.Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.
  2. Isi minyak dengan perlahan-lahan (tidak berterusan) supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda.
  3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana lagi banyak baki minyak dalam tangki akan mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.
  4. Kurang beban atau berat – Jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.
  5. Perhatikan tayar anda, mesti ada tekanan angin mesti betul. Jika tidak, penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran lebihan.
  6. Penyelenggaraan – Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas check tahap palampencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.
  7. Kelajuan – Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus). Ia berbeza bagi setiap cc kereta, lagi tinggi cc lagi banyak minyak dibakar.
  8. Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Elakkan menekan pedal minyak enjin ketika kenderaan tidak bergerak..
  9. Penggunaan gear – Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.
  10. Brek – Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.
  11. Perancangan – Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan.Anda juga boleh buat multi task kerja anda.. iaitu dgn memaksimumkan sebaik mungkin satu perjalanan dgn pelbagai kerja.. misalnya balik kerja dari opis boleh singgah beli barang rumah kat memana berdekatan. So ujung minggu dah x perlu lagi nak kuar kereta lagi.. minyak pun save…
  12. Minimum – Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Kalo dah terlalu dekat elok guna basikal atau motosikal saja berbanding kereta.
  13. Tak perlu pasang aircond kete kalo cuaca dah sejuk.. atau matikan aircond apabila dah nak dekat sampai destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond.
  14. Tok sah merempit cilok sana sini.. Kalo boleh perlu bijak tekan pedal accelerator dengan berhemah.. kalo nak jimat kenalah bawabersederhana tak yah laju-laju.. yang penting rileks dan steady saja.. Kalo nak racing gi masuk Sepang Circuit…
  15. Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu utk melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kete anda akan bertambah geseran dan perlahan dan menyebabkan anda menekan minyak lebih byk untuk bergerak.
  16. Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu peak hour.. kalo KL biasanya pegi awal keje sebelum jalan utama sibuk. Sbb bila jem, makin kuat minyak habis terutamanya auto. Kalo bole guna kete manual.. bagi mereka yang nak jimatlah.. kalo auto ni mmg makan minyak daripada manual.
  17. Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis … Tukar minyak pelincir mengikut jadual – selaras dengan cadangan pengeluar kenderaan. Dan uga gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk memaksimumkan keberkesanan enjin. Bab ini kene tanya mekanik yang lebih arif mengenai kereta anda.
  18. Warming up enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk warming up kerana ia akan membazirkan minyak sahaja.
  19. Tip saya yang terakhir.. Tingkatkan pendapatan passive income anda…Sekiranya harga petrol naik 40%, ini bermakna anda perlu mencari pendapatan tambahan untuk penggunaan petrol kenderaan anda. Namun, jika anda sudah mulakan perniagaan sendiri, mempunyai passive income yang stable, maka ia tidak akan menjadi masalah di masa akan datang sekiranya harga petrol naik lagi.

 

 

Posted in Nota acoms, Pengguna Bijak | Tagged , , | 1 Comment

Ariq digoda??


Hari ni Che (ibu) Wan Ariq Ulwan pegi jemput Ariq di tabika Kemas. Sambil tu Che dia nak jumpa cikgu pasal Ariq merungut,

“Che, Ariq ada kawan nama Wati, tapi Ariq tak nak kawan ngan dia”

Dah 3 hari Ariq merungut perkara yg sama. Jadi sbb tulah Che Ariq nak pegi jumpa cikgu2 Ariq, kot2 ada masalah kat tabika.

Maka timbullah cerita.

Cikgu, “Betullah, ada sorang kawan ni nama Wati, mana Ariq pegi dia nak ikut, Ariq makan, dia mari duduk sebelah Ariq, Ariq belajar, dia mari duduk sebelah Ariq, malah Ariq gi tandas pun dia nak itut!!”.

Hahahahaha. Gelak kawe dengar berita hari ni. Alamak. Anak aku dah ada “peminat”! Heheh

Abih la.. Nnt naik darjah 1 kang ada yang hantar surat cinta. Camno nak buat??

Posted in Keluarga | Tagged , | 3 Comments

Sambutan Maulidur Rasul 1432/2011


Sambutan Maulidur Rasul 1432/2011 telah disambut dengan jayanya oleh ahli-ahli kelas Al-Quran Pengkalan Kubor dengan kerjasama UMNO Cawangan Pengkalan Kubor dan bersama JKKKP Pengkalan Kubor.

Majlis dimulakan dengan solat hajat yang diketuai oleh Ustaz Ashaari. Dan kemudian diteruskan dengan bacaan suci Al-Quran dan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w.

Kemudian hadirin dihidangkan dengan sedikit jamuan. Walaupun sederhana tetapi majlis amat meriah dengan kehadiran rakan-rakan dan saudara mara.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Posted in Keluarga | Tagged , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment