Logo Pengguna Bijak Usahawan Berjaya telah direka bentuk oleh ambo menggunakan Adobe Illustrator. Direka dengan maknanya agar sesuai dengan perniagaan yang ambo ceburi. Dan ambo telah buat pages untuk aktiviti dan interaksi dengan rakan-rakan niaga semua di PBUB.
Mungkin logo ini amat menarik sehinggakan ada pihak yang cilok logo ni dan gunakan ia untuk perniagaan mereka.. Kat bawah ni adalah logo yang telah diubahsuai..

Hehehehe… takpelah… kiranya boleh jadi pereka logo profesional dah ambo ni.. Tapi harapnya janganlah amalkan meniru direct camni… tak cun .. walaupun dah ubah skit – tambah tangan – tapi tiru sangat juga tu..
Bukan nak cerita yg tiru ni.. tapi nak kongsi yang dulu ambo guna Adobe Illustrator untuk reka bentuk logo tersebut.. tapi hari ni, ambo baca2 pasal apps untuk iPad dan terjumpa satu apps yang boleh digunakan untuk melukis grafik vektor – cam Adobe Illustrator.. nama apps tersebut ialah InkPad.
Wah… terasa begitu praktikal sekali iPad ni.. mula2 dapat iPad dulu, banyak digunakan untuk layari internet dan membaca artikel.. kerja2 grafik masih menggunakan notebook dan desktop.. kiranya kalau nak edit gambar terpaksa cari Adobe Photoshop atau nak cipta grafik vektor – kena cari Illustrator.. tapi skang ni, bila nak edit gambar guna iPhoto atau Photoshop Touch dan hari ni jumpa pula InkPad, yg boleh dikatakan versi lite untuk Illustrator.. jadi hari ni ambo telah rekacipta logo di bawah menggunakan InkPad dan sedikit Photoshop Touch.. – iPad sepenuhnya..

Apakah potensi sebenar tablet? Jika dilihat, ianya bergantung kepada apps… dan Apple begitu bijak mencipta Apps Store yang mempunyai apps yang bermutu tinggi. Dan semakin ramai pereka grafik yg suka menggunakan iPad bersama stylus untuk melukis dan mereka grafik mereka..
Mula2 susah juga pasal tak biasa, dulu duk guna mouse saja, lani guna jari dan stylus.. kucar kacir juga… hahahah tapi akhirnya berjaya buat..
Harap banyak lagi apps yang praktikal dan bermutu dan mungkin suatu masa nanti, kita akan tidak kenal apa itu notebook…….










