
Berita hari ni menarik perhatian kawe.
“60% Pengundi Berdaftar Tidak Tinggal Di Tempat Mereka mengundi – SPR”
Mengikut kajian SPR ramai pengundi tidak menetap di kawasan yang mereka buang undi. Bagi kawe perkara ini amat tidak bagus untuk perkembangan dan kemajuan sesuatu tempat. Ini kerana pengundi-pengundi yang tidak menetap di kawasan yang mereka undi tidak menyelami masalah yang dihadapi oleh rakyat kawasan mereka.
Apa yang berlaku kini pengundi jauh ini membawa isu nasional yang tidak memberikan kesan sangat secara langsung kepada kawasan-kawasan ini.
Sedangkan jika kita fokus kepada sesuatu kawasan maka banyak yang boleh dibicarakan berbanding hanya berbicara tentang akhlak pemimpin.
Begitu juga pemimpin. Ramai yang tidak tinggal di kawasan yang mereka wakili. Maka masalah rakyat terabai.
Bagus sekali kalaulah kita dapat ubah cara pemikiran. Kita undi di kawasan yang kita tinggal agar kita dapat memberikan kebaikan kepada kawasan tempat tinggal kita. Dan kita pilih pemimpin setempat agar mudah mereka mewakili kita.