Nescafe o Beng

klik foto untuk lihat animasi


Petang tadi cuaca agak panas, jadi ajak pekerja2 rehat sambil minum air. Pekena air nescafe o beng… Tengah duk kuca-kuca air batu tu.. teringat ko app Cinemagram, jadi nak try, jadi ke tak.. maka terciptalah animasi Nescafe o beng…. Terima kasih kepada gewe ambo, abyg, kerana tolong kuca2 air untuk ambo amik gambar nescafe o beng neh.. menarik jugak app Cinemagram neh…

 

Posted in Foto | Tagged , , , , , , , | Leave a comment

Damia main mata..

Damia.jpg
klik foto untuk animasi

Terjumpa satu app baru untuk iPhone, Cinemagram, yang membolehkan kita rakam video dan edit skit untuk ubah jadi animasi GIF. Dan Damia jadi model untuk percubaan app ni.. hehehe suruh dia berlakon gerakkan mata.. kelakor lak jadinya.. Yang tak berapa menjadi pasal Damia tak duk diam, suruh gerak mata je.. tapi ngan kepala2 dia gerakkan.. huhuh..

Apa2 pun, app ni bagus gak.. nanti adalah projek animasi yang boleh dicipta dari app ni.. baca seterusnya…

Posted in Foto, iPhone, Keluarga | Tagged , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Rusuhan Bola Sepak di Mesir

Lagi rusuhan di Mesir. Dan kali ini rusuhan berlaku selepas perlawanan bola sepak… yup… perlawanan bola sepak! (sedih giler ngan kepala otak diorang ni) ramai terbunuh semasa rusuhan bola sepak ni. Dan kali ini polis tak larang dan tak tegah, bahkan hanya memerhati orang2 Mesir yang suka merusuh ni merusuh dan berbunuhan semasa sendiri.

Dilaporkan pihak berkuasa memberi arahan agar polis tidak menahan dan menegah “rakyat” mereka dari merusuh, kerana kalau polis bertindak nanti ramai yang akan salahkan polis. Jadi polis Mesir mungkin membuka peluang kepada rakyat Mesir ini menggunakan HAK MERUSUH mereka! Jadi polis Mesir berkata ” Silalah merusuh ye… kami tak kacau dan tak halang, gunalah hak anda nak merusuh…”

Harap jangan lah rakyat Malaysia yang nak baring2 lagi atas jalan ye…. gunalah HAK BERFIKIR sebelum guna HAK BERSUARA dan HAK MENJERIT…

Sayangilah keamanan dan kemakmuran negara kita…..

 

Posted in Berita, Nota acoms | Tagged , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Microsoft Office Web App

Boleh dikatakan ramai di antara kita yang menggunakan Microsoft Office untuk menaip surat, minit mesyuarat atau lain-lain keperluan pejabat dan rumah. Dan yang pasti ramai di antara kita yang menggunakan perisian cetak rompak Microsoft Office ni, tidak kiralah Office 2003, 2007 atau yang terbaru 2010. Malah ramai yang tidak sedar mereka sedang menggunakan perisian cetak rompak, iaitu perisian yang tidak dibayar untuk melakukan kerja-kerja pejabat atau perniagaan.

Untuk pengetahuan mereka yang tidak tahu, dalam dunia ni Microsoft Office bukanlah satu-satunya perisian yang wujud untuk menaip surat atau mencipta persembahan (powerpoint/keynote), kita ada OpenOffice, kita ada LibreOffice, Lotus Symphony, atau Google Docs. Semua tu adalah percuma. Tetapi oleh kerana kita ni terlampau biasa dengan Microsoft Office maka bila buka Openoffice rasa macam tidak boleh siapkan kerja. Hehehehe…

baca seterusnya…

Posted in Komputer | Tagged , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Alzara Natural Dead Sea Beauty Salts

Apabila badan dan kaki terasa lenguh-lenguh, Linda selalu mengamalkan rendaman badan dan kaki menggunakan Alzara Natural Dead Sea Beauty Salts, Ini kerana ia dapat membantu mengembalikan kesihatan kita pada tahap maksimum serta dapat mengembalikan keremajaan kulit.

Produk ini merupakan produk dari Laut Mati di Amman, Jordan. Amat sesuai untuk masalah kulit dan badan seperti kulit kering, ekzima, kulit mengelupas dan masalah kulit yang lain. Alzara Natural Dead Sea Beauty Salts dapat membantu merehatkan badan dan mengembalikan kesihatan serta kesihatan kulit. Selain itu, ia berfungsi menyembuh parut faraj dan luka-luka kecil (terutama bagi mereka yang baru lepas bersalin).

Cara penggunaan,

  • Untuk seluruh badan, campurkan 10 sudu besar dengan air panas dalam tab mandian. Berendam di dalam larutan selama 20 minit. Bilas badan untuk membersihkan sisa-sisa garam pada badan. Untuk mencantikkan kulit, amalkan sekali seminggu.
  • Untuk bahagian tertentu badan, masukkan 8 sudu besar garam dengan 3 liter air suam, rendamkan bahagian badan yang dikehendaki selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air.
  • Untuk bahagia tertentu kulit, campurkan 5 sudu besar dengan 1 liter air suam. Rendam tuala di dalam larutan dan tekapkan pada bahagian yang berkenaan selama 2 minit. Ulang sebanyak 5 kali. Kemudian bilas jika perlu.

Linda juga sering rendamkan kaki di dalam larutan Alzara sambil menonton TV. Hasilnya dapat merehatkan kaki, mengurangkan bau kaki dan dapat melicinkan kulit kaki Linda.

Untuk anda semua di sana, jika inginkan kulit yang cantik amalkan penggunaan garam ini dan boleh dibeli secara dalamtalian (online) di kedai oyak TEKAN SINI. atau jika nak jadi pengguna bijak sila daftar sebagai ahli VIP TEKAN DI SINI.

 

Posted in abyg kata....., Produk Terbaik | Tagged , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment