1. Jadi apa kesudahannya? Ingin menjadi seperti selatan Thai? Ingin menjadi seperti Palestin? Surau dibakar? Gereja dibakar? Lepas ini? Kuil? Tidak ada kesudahan jika sesuatu isu yang sensitif tidak diselesaikan dengan segera dan tegas. Isu begini tidak sesuai untuk dibiarkan dengan hanya cubaan menyelesaikan dalam tafsiran mahkamah, kerana undang-undang buatan manusia tidak mengambil kira perasaan mereka yang terlibat. Tambahan lagi perkara yang melibatkan Islam ini cuba diadili oleh hakim bukan Islam. Amat tidak kena!
2. Jika dibawa ke mahkamah perkara ini tidak akan selesai. Kerajaan patut mencontohi kerajaan Tun Dr. Mahathir dalam menjaga perkara yang nipis ini. Kerana jika masing-masing mula menunjukkan kekerasan, maka negara pasti tidak akan aman. Masing-masing mempunyai ego dan syaitan dalam diri.
3. Panduan untuk orang Islam pula dalam perkara ini, Allah S.W.T. telah berfirman:
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”(Al-An’am: 108).
4. Untuk orang bukan Islam pula, kawe hairan, kenapa sekarang baru hendak timbulkan penggunaan kalimah Allah ini? Dan kenapa hendak bandingkan penggunaan kalimah ini di luar negara? Kita berada di Malaysia, yang telah termaktub ISLAM adalah agama rasmi. Kenapa hendak sentuh perkara sensitif ini? Kawe ada bertanya kepada rakan Kristian, mereka tidak pernah guna kalimah Allah, yang mereka guna Lord, God dan sebagainya, tidak pernah guna Allah. Jadi kenapa sekarang? Apakah mereka yang membawa perkara ini ke mahkamah fikir umat Islam di Malaysia ini takut dan lemah? Harap mereka tidak fikir begitu, kerana apabila masing-masing mula dibakar perasaan amarah, syaitan pun mudah masuk, tak kiralah syaitan manusia atau jin.
5. Sama-samalah kita bertenang dan biarkan pihak polis menyiasat perkara ini, adalah diharapkan pihak polis dapat menyelesaikan dengan segera kes pembakaran surau ini, sama laju dengan kes bakar gereja, jangan ada sikap pilih kasih.
- TIMBALAN Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman (kiri) melihat kesan kebakaran pada pintu masuk ruang solat wanita akibat perbuatan khianat di Surau Parit Beting, Jalan Salleh, Muar, Johor, 21 Januari. – Utusan/ISHAK RAHMAD
- KESAN kebakaran pada bahagian dalam Surau Silaturahim, Jalan Ismail Omar di Muar, Johor, 21 Januari, yang disambar api akibat perbuatan khianat. – Utusan/ISHAK RAHMAD
Related posts:

