Berita gembira kepada pengguna-pengguna iPhone dan iPad kerana perkhidmatan emel yang popular Yahoo! Mail kini menyokong HTML5. Ini bermakna pengguna-pengguna iPhone dan iPad boleh berinteraksi sepenuhnya terus daripada gajet mereka.
Manakala bagi pengguna PC pula yang menggunakan peluncur web (web browser) yang moden dan menyokong HTML5 boleh menikmati HTML5 di laman web Yahoo! Mail yang baru. Pelbagai tambahan fungsi boleh digunakan dengan memaksimumkan penggunaan fungsi HTML5 seperti Yahoo! Mail berupaya mengakses mesej-mesej menggunakan “local caching”. Manakala foto-foto pula boleh dipaparkan dengan baik dan fungsi carian dinaiktaraf dengan baik.
Menurut Lee Parry (pengurus produk Yahoo! Mail) :
If you’ve used our recently launched HTML5 mobile Web mail for iPhone you’ll feel right at home. We’ve kept all the things users love about our new mobile Web mail experience, while also optimizing for the gorgeous large screen of the iPad.
Anda boleh menikmati HTML5 di peluncur PC atau Mobile Safari dengan ke alamat : http://mail.yahoo.com
Related posts:
