Lotion Pink R Series Palsu/FAKE

Termasuk hari ni, dah ramai pelanggan kami yang tertipu apabila beli lotion pink R Series di luar sana. Pagi tadi, seorang pelanggan datang mengadu yang dia tertipu apabila lotion pink R Series yang dibeli di sebuah kedai di daerah Tumpat adalah palsu/fake.

Begitulah rungut Kak Na yang datang ke kedai tadi. Kesian dia. Pagi tadi dia datang ke kedai dan beli yang original di Cosway Pengkalan Kubor. Kami berharap, kita sebagai penjual jangan hanya fikirkan untung sahaja, kesihatan pelanggan kita adalah utama, kita bukan nak berniaga sehari dua.

Kami, Cosway Pengkalan Kubor sudah beroperasi sejak tahun 2009 lagi, dan kami sedia membantu pelanggan-pelanggan kami untuk dapatkan produk-produk bermutu dan selamat.

Jadi nasihat kami, belilah di Cosway Pengkalan Kubor atau beli daripada penjual ahli Cosway yang dipercayai, agar anda menikmati produk yang baik, berkesan dan pada harga yang lebih jimat, jadilah pengguna untung. Usah tertipu lagi...

Comments

comments