Nikmati Khasiat-khasiat Teh yang Hebat

Teh mungkin merupakan minuman tertua dalam sejarah yang dikongsi dalam kebanyakan budaya di seluruh dunia dan sangat terkenal dalam budaya orang-orang Cina dan Jepun. Ia padat dengan khasiat-khasiat untuk kesihatan dan juga merupakan pilihan yang lebih sihat berbanding minuman beralkohol, minuman bergula dan juga jus botol yang manis.

Berikut adalah 6 sebab untuk mengemari teh:

cpk-04102017-002

1. Hirupan yang Menyegarkan!

Tiada yang lebih nikmat daripada menghirup secawan teh yang menyegarkan tatkala panas terik. Hilangkan dahaga dan isikan semula cecair anda dengan teh pudina ais, teh lemon ais atau teh bunga kekwa yang menyejukkan. Nikmati teh-teh yang memuaskan ini sebagai alternatif kepada minuman-minuman yang sarat bergula seperti minuman-minuman berkarbonat.

cpk-04102017-003

2. Bertenang, Nikmati Teh "Zen"...

Ada sesuatu mengenai teh yang mententeramkan tubuh dan minda. Teh hijau bertindak sebagai perangsang segera dan anti-depresan semula jadi. Jika anda memerlukan ketenangan, minumlah teh kamomil kerana ia bersifat sedikit sedatif dan melegakan otot-otot.

cpk-04102017-004

3. Teh Baik untuk Kulit Anda

Fakta yang popular mengenai teh rooibos dan teh oolong adalah kedua-duanya padat dengan antioksidan yang merangsang kulit yang cantik. SOD yang berkuasa membantu meningkatkan kulit tanpa kedutan dan teh oolong pula digunakan sebagai tampalan untuk kulit cerah berseri. Teh-teh yang baik untuk kulit ini juga membantu melegakan masalah kulit seperti jerawat dan ekzema.

cpk-04102017-005

4. Menghapuskan Kulit Kendur!

Sukar menghilangkan kulit yang kendur melalui diet atau senaman? Ketiga-tiga teh yang hebat ini mungkin menjadi rangsangan yang anda perlukan. Hentikan kebimbangan yang disebabkan oleh stres dengan rooibos yang mengawal lemak dan  kaya dengan flavonoid manakala teh hijau dan teh oolong yang padat dengan katekin meningkatkan  metabolisme dan membakar lemak. Teh pu erh pula bagus untuk pencernaan dan membantu mengurangkan kekembungan.

cpk-04102017-006

5. Untuk Nafas Lebih Segar!

Pastikan mulut sesegar pudina tanpa perlu mengunyah beberapa penyegar nafas! Secawan earl grey tanpa gula, "hong cha" atau teh-teh hitam boleh menyelamatkan anda dari bau nafas yang memalukan. Kandungan antioksidan yang kaya boleh menghentikan plak dan pembentukan lain yang melekat pada gigi anda serta mencegah penyakit gusi, lantas pada masa yang sama membantu menyegarkan nafas anda.

cpk-04102017-007

6. Halia yang Hangat

Terkenal dengan penggunaan dan khasiatnya yang pelbagai, halia Bentong yang disertakan dalam ramuan ini cukup tinggi reputasinya. Rasa halia yang pedas dan hangat  menambahkan lagi keenakan  teh ini dan membantu mengurangkan rasa mual, mabuk hamil, menghilangkan sinus, melegakan ketidakselesaan perut dan banyak lagi. Nikmatinya ketika panas atau sejuk.

Jom ke Cosway Pengkalan Kubor dan lihat pilihan teh-teh yang kami tawarkan. Pasti ada yang sesuai dengan citarasa yuollsss.... jom ke CPK

Comments

comments