Man Jadda Wa Jadda

Kejayaan yang diperoleh diatas kegagalan adalah lebih manis dan lebih bermakna untuk dikenang. Ini kerana disitulah letaknya ilmu yang amat berharga dalam kehidupan kita untuk menjadi lebih berjaya pada masa hadapan.

Tiada apa-apa yang dapat dinilaikan bersamaan dengan ilmu yang diperoleh dari sebuah pengalaman. Tiada ukuran yang dapat diberikan untuk mengukur sejauh mana atau sebesar manakah ilmu tersebut.

Al-Quran juga ada tertulis supaya setiap umatnya tidak berhenti daripada berusaha dalam mengerjakan sesuatu urusan sehingga  selesai. Kita berpegang pada kata-kata keramat, “Man Jadda Wa Jadda”, yang membawa maksud bahawa “Siapa yang berusaha, dia akan berjaya.” Allah SWT juga telah memerintahkan kita semua untuk bertebaran di muka bumi ini untuk mencari rezeki yang bersih dan halal. 

Ajal, maut dan rezeki adalah kurniaan Allah sepenuhnya. Percayalah bahawa tiada apa pun yang dapat menyekat rezeki kita di dunia ini melainkan maut sahaja yang akan menghentikan segala usaha dan perjuangan kita semua di dunia ini.

Comments

comments