Pelaburan Masa Keluarga

❤️ Pelaburan penting bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin. Pastikan anda melabur hari ini juga! ❤️

Hasil kajian mendapati, dalam perkahwinan yang paling bahagia dan berkekalan, pasangan menghabiskan sekurang-kurangnya 5 jam dalam seminggu untuk kualiti masa bersama. 

Tidak kiralah betapa penatnya anda pada penghujung hari atau pada hujung minggu, ingatlah untuk memupuk perkahwinan anda dengan meluangkan masa antara satu sama lain. Bahkan Nabi Muhammad SAW dengan jadualnya yang sibuk, masih sempat untuk meluangkan masanya bersama isterinya.

Luangkanlah masa anda bersama padangan anda setiap hari. Ia boleh direalisasikan dengan  aktiviti yang mudah seperti pergi berjalan-jalan bersama-sama, menikmati  secawan kopi atau teh bersama-sama, duduk bersama di sofa dan bercakap antara satu sama lain sambil berpegang tangan selama 15 minit. 

Apa sahaja yang anda lakukan, buat masa untuk pasangan anda dan, pada akhirnya, buat masa untuk perkahwinan anda. Semakin banyak masa anda melabur dalam perkahwinan anda, semakin bertambah dan berkembang perkahwinan anda. Semailah rasa sayang dan cinta dalam perkahwinan anda! Melaburlah sekarang ❤️

Comments

comments