Pilihan Terhangat Bulan November 2017

Berikut adalah pilihan produk-produk untuk anda agar kelihatan lebih cantik, berbau harum, dengan kediaman yang dijaga rapi dan lain-lain lagi! Ada sesuatu yang mampu membuatkan anda tersenyum...
oyaknet-27102017222215-001

01. Cellulose Facial Cleansing Sponge

Kulit yang Lebih Segar, Lebih Cerah & Lebih Muda

Berikut adalah cara yang lembut untuk menggosok dan membersihkan kulit anda! Cellulose Facial Cleansing Sponge yang menyerap dan lembut adalah apa yang anda perlukan untuk meningkatkan buih pencuci muka anda, mengeluarkan sel-sel kulit mati dan merangsang peredaran darah. Hanya lembapkan span, gunakan pembersih pilihan anda dan urut dengan perlahan-lahan pada muka. Tidak memerlukan bahan pengosok keras atau kimia untuk menampilkan kulit yang lebih berseri dan bercahaya. Ia diperbuat daripada 100% selulosa tumbuh-tumbuhan semula jadi yang menjadikannya sempurna untuk semua jenis kulit.

oyaknet-27102017222215-002

02. Bioglo Rose Essence Sleeping Mask

Bangun dengan Kulit Berseri dan Kemerahan-merahan

Seakan-akan tidur yang nyenyak lagi mendamaikan, Bioglo Rose Essence Sleeping Mask adalah masker semalaman yang mencergaskan kulit yang lesu agar kelihatan lebih jelas, cerah dan lebih berisi pada keesokan harinya. Bahan-bahan seperti Aloe Vera, Zaitun dan Ginkgo Biloba menyuburkan, menghidrat dan melicinkan garis-garis halus untuk kulit yang segar. Aroma bunga mawar yang berharga memberikan ketenangan agar anda dapat tidur dengan lebih lena lagi.

Tanpa minyak mineral dan paraben.

oyaknet-27102017222215-003

03. Beautycode Super Lash & Brow Serum

Serlahkan Bulu Mata yang Panjang & Menawan!

Penuhi impian anda untuk mencapai bulu mata secantik anak patung dengan Beautycode Super Lash & Brow Serum. Diperbuat daripada dua jenis ramuan yang berkesan dan terbukti secara klinikal untuk memanjangkan bulu mata anda sehingga 5 kali ganda daripada biasa. Dermosaccharides menggalakkan pertumbuhan bulu mata dan alis mata manakala Capixyl membantu merangsang pertumbuhan bulu mata, menguatkan bulu mata yang lemah dan mencegah kehilangan bulu mata. Tidak memerlukan sebarang penyambungan atau berhabis wang yang banyak untuk tatu dan sulaman alis mata. Anda juga boleh mempamerkan mata yang cantik dan galak dalam masa 4 minggu! Bulu mata yang lebat… adalah dijamin!

Tanpa alkohol, minyak mineral dan paraben.

oyaknet-27102017222215-004

04. Xylin Multi Action Kids Toothbrush & Xylin Toothpaste for Kids

Gigi Lebih Bersih, Gusi Lebih Kuat & Senyuman yang Lebih Ceria!

Berus gigi anak-anak anda dengan Xylin Multi Action Kids Toothbrush. Berus gigi yang mesra kanak-kanak ini mempunyai berus dwi intensiti untuk memberus gigi. Ia mengeluarkan plak dan zarah makanan dari bawah gusi dan di bahagian-bahagian yang tidak mampu dicapai oleh berus gigi yang lain. Dilengkapi dengan pemegang mudah cengkam yang membolehkan tangan yang lebih kecil mengawal semasa memberus. Pastikan gigi anak anda putih bak mutiara dengan Xylin Toothpaste for Kids. Ubat gigi bebas gula ini mengandungi Xylitol dan Kalsium untuk menjadikan gigi mereka lebih kuat, gusi yang lebih sihat dan nafas yang lebih segar. Perisa yang digemari kanak-kanak sudah pastinya membantu mengalakkan anak anda memberus gigi dan formula yang mesra enamel juga menjauhkan kaviti.

Tanpa SLS, SLES, fluorida dan paraben.

oyaknet-27102017222215-005

05. Bioglo Skin Gel

Kecantikan Segera; Mengurangkan Bintik-bintik Hitam & Menghaluskan Tekstur Kulit!

Bioglo Skin Gel adalah gel kecantikan revolusioner dengan campuran unik bahan-bahan penjagaan kulit semula jadi dan canggih yang berfungsi dengan serta merta di permukaan kulit untuk membersihkan kulit dan mencergaskan sel-sel kulit. Mengandungi campuran yang memperhaluskan kulit dan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang dipermajukan seperti kompleks AHA, BHA, Manik-manik Jojoba, Aloe Vera, Geranium, Kamomil dan kompleks pelembapan kulit untuk kulit yang sihat dan berseri. Produk kecantikan yang hebat untuk kepuasan segera!

Tanpa SLS, SLES, paraben dan minyak mineral.

oyaknet-27102017222215-006

06. L'élan Vital All-in-One Shimmer Blush Compact

Pemerah Pipi Serba Boleh yang Melakukan Segalanya!

Mengkontur dan bentukkan tulang pipi yang sempurna, di samping menyerlahkan dan menambah seri kulit anda dengan L’élan Vital All-in-One Shimmer Blush Compact. Pemerah pipi yang serba boleh ini membantu anda menyerikan atau menambah sentuhan berkilauan pada mana-mana titik wajah yang anda ingin serlahkan. Warna-warnanya yang cantik menyerap pada kulit, meninggalkan kilauan cahaya yang menyerlah dari dalam. Dimuatkan dalam bekas nipis yang padat.

Tanpa paraben dan minyak mineral.

oyaknet-27102017222215-007

07. Designer Collection R-Series Fragrance Mist

Selubungi Pancaindera Anda dengan Haruman Percintaan yang Berkekalan!

Baluti tubuh dan pancaindera anda dengan haruman semanis percintaan yang berkekalan. Kini boleh didapati dalam versi semburan kabus yang menggoda dan menggiurkan. Designer Collection R-Series Fragrance Mist adalah gabungan istimewa aroma selembut baldu, aroma floral yang feminin dan kesturi menggoda yang membangkitkan perasaan cinta! Semburkannya ke seluruh tubuh untuk haruman yang berkekalan sepanjang hari. Juga sesuai digunakan untuk melapis wangian.

oyaknet-27102017222215-008

08. Fraiche Bathroom Freshener

Tampilkan Kesegaran!

Hapuskan bau hapak yang memualkan dan tambahkan kesegaran bilik mandi anda dengan Fraiche Bathroom Freshener. Seakan-akan diselubungi oleh bauan alam semula jadi nan indah, hanya tekan untuk melepaskan kabus untuk memastikan bilik mandi berbau segar dan bersih sepanjang masa. Juga membantu untuk menghilangkan bakteria di udara. Terdapat dalam dua bauan yang menyenangkan; Citrus Fresh & Green Tea. Dispenser boleh didapati secara berasingan.

oyaknet-27102017222215-009

09. Multi-function Eazy Sweeper

Pengesat Pelbagai Fungsi & Kegunaan!

Memang benar! Multi-Function Eazy Sweeper adalah pengesat yang melakukan LEBIH LAGI berbanding yang mampu dilakukan oleh pengesat konvensional yang lain. Menyapu, mengemop, membuang habuk, mengumpul air dan sebagainya! Gunakannya pada pelbagai permukaan seperti kayu, marmar, jubin, upholsteri dan juga kaca. Kain mikrofiber ini mempunyai 3 kali ganda kuasa penyerapan untuk menghilangkan kotoran yang paling degil sekalipun. Tidak perlu diperah… tidak memenatkan langsung! Membersihkan tumpahan di atas lantai, membersihkan debu di bawah almari serta mengelap tingkap kaca dan pintu gelangsar tanpa meninggalkan kesan-kesan berjalur. Untuk membersihkan kain mikrofiber yang kotor ini, hanya tanggal dan basuh di bawah air yang mengalir dan lekat semula pada plat mop. Sungguh mudah!

oyaknet-27102017222215-010

10. Spin Chopper

Memotong & Mencincang dalam Beberapa Saat!

Memotong dan mencincang semestinya tidak membebankan dengan Spin Chopper yang cekap ini! Hanya beberapa tarikan dan lihat, anda sudah selesai! Saiz yang kompak membolehkan ianya dimuatkan di dalam mana-mana almari atau ruang penyimpanan di dapur anda. Sekarang, tidak perlu memasang mesin-mesin yang besar lagi. Menyampaikan sehingga 300 potongan dalam masa 15 saat. Dasar anti-gelinciran mengekalkan kedudukan bekas semasa penggunaan.

Comments

comments