Oyak.net

6 Cara Mudah Mengatur Almari Anda!

Facebook
Google+
Twitter
WhatsApp
Telegram

Boleh dikatakan almari yang berselerak tidak menyumbang apa-apa, malah menyusahkan. Pada dasarnya, sebuah almari yang teratur dapat memberikan kepuasan mutlak, ketenangan dan kemudahan.

Walaupun memerlukan kesungguhan untuk menjadikannya suatu kenyataan, ia tidak akan membebankan anda melainkan usaha untuk melakukannya. 

Jadi, di sini ada 6 panduan mudah untuk menyusun atur kembali almari anda.

1. Lebih Baik untuk Dilepaskan

Jika anda tidak lagi mahu memakainya, singkirkan sahaja. Pakaian yang berlambakkan adalah kebiasaan yang membuatkan kita menggunakan lebih banyak ruang daripada yang sepatutnya. Peraturan mudah adalah jika tidak lagi muat dan sering digunakan, sumbangkannya kepada badan-badan amal atau menyingkirkannya..

2. Penetapan Zon-zon Simpanan…

Menggantungkan segala-galanya tidak dapat mengekalkan susun atur yang kemas semata-mata. Perhatikan apa yang sesuai untuk digantung supaya lebih mudah untuk anda mencari di kemudiannya. Mencari pakaian yang tertentu tidak akan mengambil masa lebih dari satu minit.

3. Sediakan Ruangan

Dengan mengikuti langkah 1 dan 2, anda harus mempunyai ruang yang banyak untuk anda melakukannya sekarang. Barang-barang yang sering digunakan hendaklah disimpan dalam jangkauan penglihatan, pakaian atau seluar yang kurang digunakan diletakkan di bahagian bawah dan yang jarang sekali digunakan pula disimpan pada bahagian yang tinggi.

4. Kemudahan untuk Menggantung

Bahagian dinding atau di balik pintu adalah tempat terbaik untuk mengantung bar tuala, cangkuk atau dowel. Ia sememangnya mudah untuk dipasang dan anda boleh menggantung tuala anda di situ. Sungguh mudah lagi menyenangkan.

5. Kumpulkan Barangan Bersama...

Fikirkan almari anda seperti yang anda akan lakukan untuk fail-fail meja. Aturkan ia mengikut kehendak anda (warna, gaya atau jenis). Ingat, almari dilengkapi dengan peralatan untuk menjadikan anda tampil hebat dan mengeluarkan anda dari rumah dengan secepat yang mungkin. Dan cara terbaik untuk melakukannya ialah dengan mengumpulkan barangan anda bersama untuk mempercepatkan pemilihan pakaian yang BETUL pada waktu pagi.

6. Jangan Biarkan Sejarah Berulang dengan Sendiri!

Untuk mengelakkan diri daripada kembali kepada tabiat lama anda, jadikannya amalan agar anda dapat memastikan penyusunan yang sama seperti sebelumnya. Kelewatan anda untuk memulakanya hanya akan mengembalikan keadaan almari anda yang tidak terurus. Sudah tentunya anda tidak mahu ianya berulang kembali.