Oyak.net

6 Tip Pembersihan Kediaman Sempena Tahun Baru Lunar

Facebook
Google+
Twitter
WhatsApp
Telegram

Masanya telah tiba lagi! Kita akan menyambut Tahun Baru Lunar tidak lama lagi dan seperti biasa, salah satu perkara yang akan berada di fikiran masing-masing adalah… pembersihan sebelum perayaan secara besar-besaran! Ia pasti kedengaran begitu meresahkan bukan? Tetapi usah risau! Dengan beberapa langkah mudah dan produk-produk yang tertentu, anda bakal bertukar menjadi pakar pembersih yang cekap!

Tidak pasti di mana patut dimulakan dan bagaimana caranya?

Berikut adalah panduan ringkas untuk anda bermula. Sedia… tetapkan dan bersihkan!

1. Satu Ruang pada Satu

Pertama sekali, sediakan gambaran keseluruhan ruang-ruang hidup anda. Catatkan apa yang perlu dibuang habuk, dibersihkan, disimpan atau didermakan. Kaedah ini menjimatkan banyak masa dan tenaga kita dan apabila anda menyasarkan satu ruang pada satu masa, anda boleh mencapai produktiviti yang lebih besar.

2. Kurangkan Keselerakkan

Tiada apa yang lebih teruk seperti keselerakkan! Mainan di atas lantai, timbunan pakaian, perhiasan kecil di atas meja yang menyakitkan pandangan mata. Untuk menjayakannya, anda perlu berhati batu dan jujur tentang apa yang anda benar-benar perlukan atau sebaliknya. Perbuatan menyorokkan barang-barang adalah tidak wajar! Susunkan semua di dalam kotak-kotak yang ditanda khas dan tentukan apa yang anda ingin simpan, ingin dibuangkan atau didermakan. Letakkan barang-barang yang terbiar ini di tempat-tempat yang sepatutnya dan berbanggalah dengan usaha anda!

3. Perbaharui Almari Pakaian

Perkemaskan pakaian anda! Almari pakaian kita menjadi berselerak dengan mudah tanpa sistem yang betul. Lakukan penyusunan semula dengan mengeluarkan semua pakaian dan barangan daripada rak dan laci terlebih dahulu. Kemudian bahagikan mengikut keperluan yang berbeza. Ia adalah berkemungkinan untuk: - Disimpankan - Didermakan atau diberikan - Dibuang Asingkan semuanya dengan teliti dan anda tidak lagi perlu mengeluh tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai!

4. Bersihkan Peti Sejuk!

Peti sejuk boleh menjadi tempat pembiakan bakteria-bakteria yang berbahaya. Kesemua makanan "eksotik" ini sudah semestinya akan bertukar menjadi kelabu dan berkulapuk! Pakai sarung tangan dan keluarkan semua barangan yang boleh dimakan dan buangkan makanan yang lama dan tamat tempoh. Lapkan tumpahan, kotoron dan calitan dengan teliti menggunakan pembersih lembut dan berkesan serta jangan lupa untuk menanggalkan rak-rak peti sejuk. Anda juga boleh menggunakan pengelap yang lembut dan mesra alam untuk membersihkan peti sejuk anda.

5. Kemaskan Pantri!

Pantri yang sering diabaikan akhirnya akan kelihatan seperti zon perang! Ini bermaksud tentang barangan-barangan yang hilang, rempah-ratus yang lapuk dan kotak barangan yang luput tarikh penggunaanya dan lain-lain lagi! Kosongkan rak daripada barangan-barangan tersebut dan periksa, buang, bersih dan susun semula dengan sewajarnya. Jangan lupa membersihkan rak dengan kain lembap atau pengelap pakai-buang dan lapkan sehingga kering. Nah, kini pantri anda kelihatan serba baru dan tersusun rapi. Ia juga memudahkan kerja-kerja memasak di dapur.

6. Pembersihan Secara Menyeluruh!

Usah terlepas pandang walaupun setompok kotoran! Meskipun hamparan, permaidani dan kemasan berfabrik yang lain menambah keistimewaan dan ciri yang tersendiri kepada ruangan hidup kita, namun boleh juga menarik dan mengumpulkan debu, alergen, bulu haiwan kesayangan dan kotoran dengan mudah. Tidak ketinggalan tumpahan! Daripada menghantarkannya kepada kepada pembersih profesional yang agak mahal, anda juga boleh membersihkannya sendiri di rumah. Gunakan pembersih vakum dengan sedutan yang berkuasa dan lalukannya pada hamparan dan permaidani anda. Jangan lupa untuk membersihkan bahagian-bahagian yang sukar dicapai seperti di bawah tilam dan sofa. Anda juga boleh menggunakan penghilang kotoran untuk kesan kotoran yang menjengkelkan dan tumpahan yang sukar dibersihkan.

Raikan Tahun Baru Lunar dengan kediaman yang bersih dan tersusun!

Kunjungi Cosway PENGKALAN KUBOR dan pilihlah rangkaian produk kami yang pelbagai untuk menjadikan kediaman anda dicemburui jiran tetangga!