Oyak.net

Keluarga

Keluarga kecilku
Keluarga sakinah
Semua masa kita lalui bersama
Mengukir kenangan indah bersama
Riang gembira
Duka nestapa
Canda dan tawa
Silih berganti datang dan pergi
Kasih ibu bawa ke syurga
Kasih bapa sepanjang masa
Kasih suami selama-lamanya
Kasih anakanda tidak terkata
Semoga keluarga kecil ini
Diberkati oleh-Nya

#adnilsah
20.09.2017
Buat suami, we, chik dan #theulwans tercinta

Fokus

Fokus dalam apa jua kerja yang kita lakukan. Tetapkan matlamat, inputkan seberapa banyak idea dan cambahkan idea tersebut melalui pelbagai aktiviti secara kreatif. Jangan lupa untuk sentiasa menambah ilmu. Teruskan usaha, fokus kepada usaha, insyaallah, saya doakan anda, saya dan kita semua berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat.