Oyak.net

Cukup Zat, Anak Sihat – Insyaallah

Facebook
Google+
Twitter
WhatsApp
Telegram

Salam sayang2 semua. Kali ini Kak Linda ingin berkongsi sedikit tentang suplemen yang Kak Linda amalkan ketika mengandungkan theulwans – Ariq ❤️ Damia ❤️ Aydi.

Kak Linda pasti, setiap bakal ibu memang mahukan pemakanan yang terbaik untuk anak dalam kandungannya. Muntah2, mengidam, letih, mood swing dan pelbagai ragam ketika hamil adalah perkara biasa. Apa yang pasti, pasangan anda perlu menjadi peneman setia dan pembakar semangat sepanjang journey kehamilan kita.

Ok, ada 5 supplemen yang Kak Linda nak share dengan sayang2 semua.

✅ B-Complex
Semasa mengandung, mood kita pasti tak menentu – mood ke laut la ni… Jadi, B-Complex membantu kita agar tidak stress. Dalam masa yang sama, insyaAllah dapat membantu dalam penghasilan susu ibu.

✅ Spirulina Organik
Sebagai multivitamin yang berfungsi memberi nutrisi dan juga tenaga. Spirulina juga dapat meningkatkan tahap imunisasi badan kita.

✅ Omega 3 EPA dan DHA
Supplemen ini mesti ramai yang sudah tahu, ianya untuk kecerdasan otak for both ibu dan anak dalam kandungan.

✅ Tablet Susu Kambing
Memang perlu bagi ibu hamil sebagai sumber kalsium tambahan. Tambahan pula, ibu hamil seringkali rasa sakit2 badan kan. Jadi, dengan pengambilan tablet ini dapat mengurangkan rasa sakit badan, kebas kaki, osteoprosis dan juga masalah ekzema.

✅ Vitamin C
Sebagai antioksidan kepada tubuh badan kita. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, dengan pengambilan vitamin C boleh mengelakkan kita dari terkena demam dan selsema.

Nota whwi : Hidup ini adalah satu perjalanan. Ibu bapa yang waras pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Begitu juga dengan kami sekeluarga, ya ada pendapat yang mengatakan, tidak perlulah makan makanan tambahan, kenapa nak habiskan duit beli suplemen. Kalau nak zat sayur, makan je lah sayur, kalau nak zat ikan, makan je lah ikan.. gitulah kata orang.

Saya sangat bersetuju, pun begitu, seperti yang kita ketahui, hidup ini tiada manual lengkap untuk hidup sihat. Yang pasti nak sihat kena pastikan menu harian kita cukup segala zat. Tapi mampukah kita? yang kita tahu semakin canggih dadah (ubat) semakin ramai yang sakit, semakin canggih hospital semakin pelik penyakit.

Kenapa? Kerana kekurangan zat yang melumpuhkan satu-satu fungsi badan kita. Ini kerana, menu harian kita sebenarnya tidak cukup zatnya. Senaraikan apa yang  kita makan dan kita tahu di mana yang tidak cukup. Dan jika dah tahu tak cukup, kita boleh cukupkan, melalui cara biasa – makan makanan yang perlu, tetapi mungkin kekurangan masa, tiada sumber dan kos tinggi untuk nikmati zat sepenuhnya, maka di sinilah keperluan suplemen datang.

Jadi, perkongsian pengalaman kami sebagai ibu bapa adalah kami amalkan semua di atas untuk memastikan zat yang cukup agar kami sekeluarga sihat, mengikut adatnya.

 

Leave a Reply