Oyak.net

Lotion Pink R Series RM6?

Facebook
Google+
Twitter
WhatsApp
Telegram

Lotion Pink R Series RM6?

Sharing is charing…

Facebook
Google+
Twitter
WhatsApp
Telegram

Kami di Cosway Pengkalan Kubor sentiasa ditanya tentang lotion pink R Series yang palsu/fake, sudah banyak kali kami berikan jawapan, tapi soalan sama masih ditanya. Bagaimana nak kenal lotion pink palsu/fake ni?

Hari ni kami terima lagi soalan yang sama, ada yang bertanya melalui Whatsapp, malah ada juga yang datang ke kedai bawa lotion yang dibeli daripada pihak luar dengan harga yang teramat murah RM4-6 sahaja untuk sebotol.

Dulu, yang fake botolnya agak berbeza dengan yang asli, tetapi hari ni, daripada gambar yang ditunjukkan oleh pembeli lotion R Series fake ni, botol lotion fake kelihatan sangat sama dengan yang asli, setiap tulisan di belakang botol ditiru sepenuhnya. Hinggakan, untuk pengguna lotion R Series yang baru pasti akan tertipu dengan lotion fake ini.

Untuk makluman, walaupun reka bentuk botol fake ini hampir sama, tapi mutu lotion dan bau lotion tidak sama dengan yang asli. Jika dari penggunaan lotion fake ini menimbulkan masalah, Cosway tidak boleh dipersalahkan. Anda pengguna perlu berfikir dengan matang dan waras, jika harga yang ditawarkan itu tidak masuk akal, sudah pasti lotion tersebut adalah fake.

Kami di Cosway Pengkalan Kubor, sudah acap kali menerima kedatangan pengguna lotion fake yang tertipu ke kedai dan marah kepada Cosway, kerana lotion yang dibeli baunya tidak sama dan apabila pakai jadi sakit kepala, apabila diterangkan, barulah mereka sedar mereka tertipu dengan harga yang murah, sedangkan lotion yang dibeli itu adalah fake/palsu.

Marilah sama-sama kita berubah ke arah kebaikkan. Untuk peniaga, jadilah peniaga yang jujur, kerana setiap sen yang kita niagakan akan jadi darah daging kita dan keluarga kita. Dan kepada pengguna, jadilah pengguna bijak, pilih dan nilai, berbelanja di Cosway Pengkalan Kubor untuk lotion pink R Series yang asli.

Untuk pertanyaan klik Hubungi Kami dan pembelian boleh terus klik Katalog & Pesan Produk.