Oyak.net

Pengguna Untung Cosway

Facebook
Google+
Twitter
WhatsApp
Telegram

Saya adalah pengguna. Saya beli dan guna pelbagai barangan keperluan keluarga, seperti syampu, ubat gigi, sabun mandi, lotion, sabun basuh baju, minyak enjin kereta dan lain-lain produk biasa yang dibeli oleh pengguna.

Dan sebagai pengguna, saya ada pilihan di mana saya suka berbelanja barangan keperluan keluarga saya ini. Sudah pasti saya memilih kedai runcit yang memberi balik pulangan kepada saya, jadi pilihan utama saya adalah kedai runcit Cosway Pengkalan Kubor.

Kenapa? Kerana kedai ini mempunyai rangkaian barangan yang banyak untuk memenuhi keperluan keluarga saya. Dan apabila setiap ringgit yang saya belanjakan di sini, saya dibayar balik oleh Cosway dalam bentuk KUPON/eRC dan wang tunai.

Maknanya, semakin banyak kita belanja semakin banyak kita dapat eRC dan wang bonus.Dan semua eRC yang saya kumpul ini boleh ditukar kepada pelbagai barangan Redemption Cosway yang hebat.

Dan malam ni, saya telah menukar pelbagai produk Redemption Cosway yang berjumlah RM890 tanpa membayar sebarang WANG pun. Semuanya dibayar menggunakan eRC yang saya kumpul dari perbelanjaan barangan keluarga saya. Inilah #pengguna untung.

Ibu budak kecik ni bising-bising anak dia terpaksa main kotak Wholefood Nutrition dan botol Spirulina – ada 3-4 biji Spirulina untuk kasi ada bunyi, haaa itulah permainan Wan Aydi Ulwan. Sebagai bapa yang bertanggungjawab, saya pun buka online shop Cosway dan terus dengan gigih tukar mainan si kenit neh.

Mula-mula ingat nak tukar mainan je, dahhhh ibu dia datang pulak… Kata itu takde ini tak cukup, alih-alih.. haaa tu la dia senarai yang dia tukar. Ariq pun join sama, tukar correction tape, hari tu bising habis, sebab tingkatan 1 la katakan.. baru menulis menggunakan pen..banyak silap kata dia. Ambil – 10 kasi tukar. Nasib baik si Damia dah beradu. Fuh!!!

Walaupun begitu, saya gembira kerana saya dapat jimatkan RM890 duit saya.. Bolehlah saya beli blade ping pong yang baru!!!!

oh ya.. nak jadi pengguna untung juga ke? Hubungi Kami, nanti boleh sembang…

Leave a Reply