Oyak.net

Ruam Lampin Bayi

Facebook
Google+
Twitter
WhatsApp
Telegram

Entry kali ini ditulis oleh cintahati saya – Abe Buu.

Ruam lampin adalah perkara biasa bagi bayi, terutama sekali apabila mereka antara sembilan hingga 12 bulan. Jadi, anda sebagai ibubapa berkemungkinan pada satu masa, membuka lampin bayi anda dan berhadapan dengan punggungnya yang radang merah. Ia boleh berlaku tak kira samada anda menggunakan lampin yang boleh dibasuh atau lampin pakai buang.

Sejak ada baby kecik ni, ruam lampin sekali lagi menjadi perkara biasa.Walaupun, saya ni ketakutan untuk tukar lampin… hehehehe, tapi selepas dimandikan, dibasuh, saya boleh pakaikan lampin tau.

Jadi, masa nak pakai lampin tu, biasanya ada nampak ruam-ruam merah pada badan Aydi.

Yup, saya tahu banyak cara untuk merawat ruam lampin, tapi untuk ketiga-tiga anak saya, Wan Ariq, Wan Damia dan Wan Aydi, semuanya kami rawat dengan menyapu Teddie® Baby Nappy Cream ke bahagian ruam.

Alhamdulillah memang menjadi. Baby Aydi selesa sangat selepas di sapukan cream ni. Malah, saya sendiri ada masa guna juga cream ni untuk merawat bahagian kaki yang terkena air – jadi ruam merah. Selesa guna dan berkesan.

Faedah-faedah bila guna nappy cream ni;

  1. Melegakan gejala ruam lampin seperti kemerahan, bintik, sakit dan kulit mengelupas.
  2. Membentuk halangan pelindung untuk menjaga kerengsaan dan kelembapan.
  3. Memelihara kulit bayi semuanya kering, selesa dan bahagia.

Yan best dan bagusnya, nappy cream ni tiada parabens, minyak mineral dan colourants sintetik, jadi sangat selamat untuk baby kesayangan anda tau.

Harga pun tak mahal, dan sekarang ada harga promo pulak.

Leave a Reply